Bincangkan tujuan mengadakan hari kantin di sekolah.
[Feb 2020 Update] Note: Bhoshaga (SPM 2016 10A+) is offering BM tuitions for SPM 2020 students who are in Form 4 / Form 5 only. Click here to learn more and to sign up. Only 6 spots left. Ends March 2020.
Terdapat pelbagai tujuan hari kantin diadakan di sekolah |
"Melalui peranan individu masing-masing, nilai bekerjasama dan bersatu padu dapat disuntik, seterusnya menghasilkan bangsa bertoleransi demi menjaga keamanan sarwajagat"
“Sesungguhnya, bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup
menghadapi cabaran hidup”, memetik kata-kata nukilan mantan Perdana Menteri
keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, jelas menunjukkan bahawa seseorang
harus berusaha secara rajin bagi mengecapi matlamatnya. Dalam konteks kehidupan
watan pada era langit terbuka ini, kebanyakan alma mater tidak berupaya menaik
taraf kemudahan mereka secara mendadak lantaran nusa tercinta kita masih dalam proses
perkembangan pesat, bak kata peribahasa, seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Justeru, sekolah-sekolah di empat penjuru negara kita
mengadakan sambutan hari kantin sebagai aktiviti tahunan kerana menyumbang
seribu satu kemaslahatan. Sebenarnya, walaupun tujuan utamanya jelas, namun
tempias yang dibawanya amat bermanfaat terutamanya kepada murid yang bakal
menerajui tampuk pentadbiran negara, persis pucuk dicita, ulam mendatang. Hari
kantin bukanlah satu fenomena asing kerana telah mencari ruang dan peluang
dalam kalangan masyarakat tanpa mengira mana-mana batasan. Persoalannya, apakah
tujuan hari kantin diadakan di sekolah?
Sebagai mukadimah perbincangan, tujuan utama hari kantin dianjurkan adalah
untuk mengutip dana. Pelbagai gerai dibuka yang dioperasi oleh murid-murid bagi
meningkatkan hasil pendapatan pada hari tersebut. Sebahagian daripada hasil
melalui jualan kupon akan didermakan kepada pihak sekolah untuk digunakan
meningkatkan infrastruktur sekolah. Misalnya, dana diperoleh boleh digunakan
untuk membina blok baru, menambahkan bahan ilmiah di perpustakaan atau
meningkatkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi selaras dengan wawasan
2020. Kepelbagaian juadah seperti nasi lemak, mi sup, kuih-muih yang
menggiurkan menarik murid-murid untuk berbelanja. Malah wang ini mampu
mengurangkan beban pihak sekolah dan PIBG serta merupakan wadah memajukan
sekolah supaya menjadi lebih kondusif. Tegasnya, hari kantin merupakan sumber
dana yang penting.
Sebagai lontaran idea kedua, hari kantin mengindoktrinasikan nilai
kerjasama dalam kalangan murid-murid. Sekumpulan murid yang ingin mengusahakan
gerai harus belajar membahagikan tugasan mereka, saling melengkapi dan
mempercayai satu sama lain. Beberapa orang murid boleh memasak manakala ahli
yang lain boleh melayan atau bersedia di kaunter bayaran. Selain itu, pengurus
gerai pula perlu memastikan operasi jualan berjalan dengan lancar. Melalui
peranan individu masing-masing, nilai bekerjasama dan bersatu padu dapat
disuntik, seterusnya menghasilkan bangsa bertoleransi demi menjaga keamanan
sarwajagat. Hal ini dapat mewujudkan persefahaman dan melatih mereka bersatu
kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jelaslah
bahawa hari kantin membantu mewujudkan ikatan silaturahim antara pewaris nusa.
Di samping itu penyemaian budaya niaga dikatakan satu matlamat hari kantin
yang bersifat serampang dua mata kerana mengasah bakat perniagaan mereka serta
memberi pendedahan menceburi bidang tersebut. Contohnya, murid-murid harus
mengenali pelbagai juadah, cara menetapkan harga, cara delegasi, dan berinteraksi
dengan pelanggan. Selain itu, aspek kebersihan perlu diutamakan supaya kawasan
pemakanan tidak kotor dan dihinggapi lalat yang boleh mengundang penyakit.
Keyakinan diri berpotensi dikukuhkan apabila menghadapi onak dan duri sewaktu
menjalankan perniagaan. Sebenarnya, rintangan tersebut mengajar remaja supaya
berhati-hati dan mencari akal memikat pelanggan. Keseluruhannya, hari kantin
merupakan satu wahana jelas dalam memberi pendedahan dunia perniagaan kepada
anak watan.
Intihanya, hari kantin memberi pelbagai manfaat dan bertujuan untuk
meningkatkan tahap seseorang murid di samping memajukan kemudahan sekolah.
Sekiranya kita hendak generasi baru menikmati infrastruktur lengkap dan
memiliki jati diri, hari kantin perlu kerap diadakan dari masa ke masa.
Rentetan itu, pelbagai usaha pragmatik perlu dijunjung agar usaha murni ini
tidak ditangan-tangankan, persis hangat-hangat tahi ayam, sebaliknya menjadi
nadi pembangunan alma mater. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari
terus bersinar dan biarlah hari kantin terus memberi pelbagai maslahat.
terima kasih.atas ilmu yang berguna.Mohon share.
ReplyDeleteok wak✨
Deletetak boleh copyyyyy ke
ReplyDeleteTERIMA KASIH
ReplyDeleteDont be such a moron doing simple essay....next time give an exellent essay..
ReplyDeletetq
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeletetiru luh
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteadakah hari keusahawanan sinonim dengan hari kantin en.karanganpanas??
ReplyDeleteadakah hari keusahawanan sinonim dengan hari kantin en.karanganpanas??
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteJika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740
ReplyDeletetq
ReplyDeleteTq.
ReplyDeleteTerima kasih!
ReplyDeleteTq, karangan yg sgt mantap, kosa kata luas
ReplyDeleteTerima kasih👍
ReplyDelete