Tuesday 11 June 2019

Manfaat TEKNOLOGI MAKLUMAT Kepada Golongan Remaja (Part 2)



[Feb 2020 Update] Note: Bhoshaga (SPM 2016 10A+) is offering BM tuitions for SPM 2020 students who are in Form 4 / Form 5 only. Click here to learn more and to sign up. Only 6 spots left. Ends March 2020.




Jika dilihat dari perspektif yang berbeza, teknologi maklumat merupakan saluran yang utama dalam usaha meningkatkan taraf pengetahuan am remaja. Dalam ledakan sains dan teknologi ini, penggunaan internet untuk mendapatkan maklumat terkini. Malah remaja tidak perlu mengetahui perkembangan hari ini, dalam surat khabar keesokan harinya. Saluran Bernama, Awani, Buletin Utama dan sebagainya menyiarkan berita terkini dalam negara pada bila-bila masa pada kaca televisyen. BBC, CNN, Aljazeerah dan sebagainya pula, dapat meluahkan kita mengenai pergolohan dunia luar. Maka remaja tidak akan dikenali sebagai katak di bawah tempurung, kerana mempunyai tahap pengetahuan am mengenai berita terkini yang senipis kulit bawang. Rentetan itu, teknologi maklumat merupakan wadah yang efektif untuk pembelajaran pelbagai bahasa. Penguasaan bahasa selain bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda adalah amat penting. Hal ini kerana, kebanyakkan syarikat multinasional memerlukan pekerja yang dapat berinteraksi dengan manusia sarwajagat. Malah, mengikut kajian Institusi Penyelidikan Negara, masalah pengangguran dalam kalangan graduan semakin meningkat kerana kurang menguasai kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Justeru, aplikasi seperti ‘Dualingo’, dapat memberikan ruang dan peluang kepada remaja untuk menguasai bahasa baru. Intihanya, nilai pemasaran remaja di peringkat global dapat meningkat kerana dapat memenuhi kehendak majikan di pelbagai sektor dari masa ke masa. Justeru, jelaslah bahawa melalui penggunaan teknologi maklumat, remaja dapat melengkapkan diri dengan segala kemahiran ibarat menyediakan payung sebelum hujan supaya dapat bersedia menghadapi pancaroba alam kerjaya. Hal ini amat penting memandangkan kehidupan manusia kelak merupakan sebuah misteri, mujurlah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Oleh itu, sebelum banyak bengkok terus patah. Seyogia, para remaja menguasai teknologi maklumat supaya dapat meningkatkan taraf pengetahuan diri dan seterusnya menjadi rakyat yang berminda kelas pertama. 



Dari kaca mata lain, teknologi maklumat dapat membina jati diri remaja yang unggul. Umur remaja yang masih hijau pohon-pohonnya, mudah menghadapi masalah kemurungan dan pengangguan emosi yang ketara. Hal ini kerana, mereka mengalami pelbagai perubahan dari segi fizikal, mental dan persekitaran. Remaja yang berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang mudah bertindak mengikut nafsu. Maja yang tergolong itu haruslah ingat bahawa ikut hati mati, ikut rasa binasa dan ikut nafsu lesu. Maka, aplikasi seperti ‘7 Cups of Tea’, dan kaunseling dalam talian dapat memberikan dorongan dan bimbingan kepada mereka yang memerlukannya. Di samping itu, remaja dapat menggunakan internet untuk meningkatkan keyakinan diri. Artikel-artikel mengenai jati diri, kemahiran kepimpinan dan sebagainya dapat dibaca dan seterusnya dipelajari. Media sosial seperti ‘Facebook’, ‘Twitter’ ‘Whatsapp’ dan lain-lain lagi yang wujud dapat melebarkan lagi bulatan rakan-rakan dari setiap sudut dunia. Dengan ini, kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan dan jati diri yang unggul dapat diselitkan dalam diri remaja. Pada asasnya, nilai-nilai sebegitu seharusnya disemai dalam diri setiap remaja sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini kerana, nilai-nilai dan sikap yang diajar sejak kecil itu yang akan membentuk diri seseorang dan akan dibawa hingga ke akhir nafas mereka. Maka, bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa, teknologi maklumat merupakan wadah yang efektif  dalam mengurangkan masalah depresi dan kemurungan, sebaliknya dapat melengkapkan diri remaja untuk menghadapi masa depan yang penuh dengan anak dan duri. Bang Tju, ahli falsafah China pernah berkata “ Rakyat ibarat akar pokok, jika akarnya sihar, pokoknya juga sihat.”’ Tuntasnya, akar rakyat negara ini ialah pemuda pemudi dan untuk memastikan kesuburan pokok, para remaja negara ini harus dicorakkan dengan aspek yang diperlukan dalam diri seseorang untuk menjadi pewaris negara yang terunggul. 



Sebagai penggulung segala yang dibincangkan, teknologi maklumat sememangnya membawa kebaikan pada remaja. Usaha untuk meningkatkan kualiti pembangunan teknologi negara kita harus diusahakan. Hal ini kerana, negara maju yang lain seperti Korea dan Jerman telah berusaha keras sehingga mencipta alatan yang sofistikated seperti perisian 'Connected Drive', kereta BMW, Mercedes Benz, dan telefon pintar Samsung. Justeru, setiap individu haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan menggarap minhaj yang efektif supaya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. Lao Tze, ahli falsafah China pernah berkata, perjalanan seribu batu, bermula dengan langkah yang pertama. Oleh itu, dengan berbekalkan teknologi maklumat yang bertaraf pertama, semua golongan individu bukan sahaja remaja dapat memanfaatkannya. Bertitik tolak daripada itu, semoga usaha yang setinggi-tinggi Gunung Everest, seluas-luas banjaran Himalaya, sedalam-dalam jurang Mariana terselit dalam sanubari para remaja untuk terus memajukan sektor teknologi kita. Hanya melalui usaha para belia, yang bagaikan lebah menghimpun madu, mampu meningkatkan teknologi negara. Hal ini kerana, remaja merupakan tulang belakang negara dan bakal menerajui tampuk pentadbiran negara pada suatu masa yang akan datang. Bak kata serangkap pantun, 



Bunga peria di atas sampan, 
Dahan gedangsa, bersilang-silang, 
Di tangan belia terletak harapan, 
Membawa nusa ke mercu gemilang. 

Manfaat TEKNOLOGI MAKLUMAT Kepada Golongan Remaja (Part 1)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan standard industri yang semakin menjadi penting dalam kehidupan seharian. Jelaskan manfaat menguasai TMK kepada remaja.

[Feb 2020 Update] Note: Bhoshaga (SPM 2016 10A+) is offering BM tuitions for SPM 2020 students who are in Form 4 / Form 5 only. Click here to learn more and to sign up. Only 6 spots left. Ends March 2020.


Kemajuan teknologi 5G merupakan industri baru

"Dengan ini tahap pencapaian calon-calon SPM akan meningkat." 


“Berikan saya seratus orang tua, aku hanya mampu menggoncang sebuah perahu, tetapi berikan saya sepuluh orang remaja aku mampu menggegarkan dunia ini”. Ungkapan retorik yang dilontarkan oleh mantan Presiden Indonesia memberikan mesej yang eksplisit bahawa remaja merupakan aset yang ternilai kepada negara, mujurlah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Justeru, pelbagai cara didikan dan dorongan harus diberikan kepada mereka supaya menjadi insan yang holistik. Teknologi maklumat boleh dikatakan mempunyai seribu kemaslahatan kepada golongan pemuda ini. Tatkala, nusa tercinta kita rancak menari mengikut rentak arus modenisasi, bagaikan belit diketil ekor, kemajuan teknologi bukanlah perkara yang asing lagi, malah wajib digunakan saban hari. Teknologi yang dapat melebihi kemampuan manusia yang biasa ini, haruslah digunakan dengan sebaik mungkin. Namun begitu, polemik teknologi maklumat membawa kesan negatif semakin hangat diperkatakan oleh ahli akademik segenap empat penjuru di dunia ini. Peristiwa, nyawa tergadai akibat teknologi, umat manusia semakin malas, dan penularan budaya hedonisme telah dikaitkan dengan teknologi. Jika ditanya siapakah dalangnya, atau dari manakah akar umbinya, masing-masing menuding jari sesame sendiri, mujurlah sudah merah kunyit salahkan kapur, kapur salahkan kunyit. Namun begitu, mengikut Institusi Lanjutan Sains dan Teknologi Kore, (KAIST), teknologi maklumat sememangnya, memberikan kebaikan lebih daripada keburukan. Jika ditinjau balik sejarah pembangunan teknologi, pelbagai prasarana dan kemudahan telah dihasilkan hasil kajian saintifik dan inovasi para saintis. Kemudahan dan manfaat teknologi kini, pula lebih berbeza daripada teknologi lama. Justeru, golongan remaja haruslah menguasai teknologi maklumat ini sepenuhnya. Persoalan yang sering berlegar-legar di benak fikiran manusia pula ialah, apakah manfaat teknologi maklumat kepada golongan remaja? Tepuk dada Tanya selera! 




Sebagai mukadimah, perbincangan teknologi maklumat dapat menjimatkan masa seseorang. Abraham Lincoln, mantan presiden Amerika Syarikat pernah berkata, “ Jika saya diberikan lapan jam untuk menebang sebatang pokok, saya akan menghabiskan enam jam untuk mengasah kapak saya.” Hal ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya pengurusan masa dalam membuat sebuah kerja. Melalui penggunaan teknologi seperti internet dan komputer, golongan pelajar mampu menjimatkan banyak masa. Misalnya, maklumat yang dikehendaki tidak lagi perlu dicari antara ratus-ratusan buku di perpustakaan. Hanya dengan satu klik pada laman ‘Google’, pelbagai maklumat akan tersenarai pada kaca komputer. Selain itu, untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru, remaja tidak lagi perlu menghabiskan masa untuk mendapatkan info-info yang tertentu. Hal ini demikian kerana, semua maklumat bagaikan di hujung jari. Tambahan pula, memandangkan pendidikan kini berformat abad ke-21, yang berorientasikan pembentangan pelajar di kelas, penggunaan Microsoft Word, Excel, Powerpoint dan sebagainya amat membantu. Melalui aplikasi-aplikasi yang baru pula, pembentangan pelajar dapat diceriakan dengan video-video grafik, animasi dan lagu-lagu yang mencuitkan hati. Selain itu, golongan pelajar tidak lagi perlu membawa kamus bahasa ke mana jua hanya untuk mengetahui sesuatu makna perkataan. Perisian laman ‘Google’ juga boleh berfungsi sebagai kamus sendiri. Maka, masa yang dimakan untuk mencari perkataan dalam ratusan muka surat kamus dapat dielakkan melalui penggunaan internet. Impaknya, remaja yang bakal melangkah ke menara gading dan alam kerjaya akan bersa mudah untuk menyesuaikan diri. Hal ini demikian sebab dunia luar lebih bersifat dalam talian contohnya penggunaan e-dagang, urusan e-perbankan dan sebagainya. Remaja tidak akan menjadi bagai rusa masuk ke kampung kelak. Justeru, teknologi maklumat sememangnya dapat menjimatkan masa remaja. Pujangga Arab pernah berkata, “masa ibarat mata pedang, jika anda tidak memancung masa, masa akan memancung kamu,” jelas menunjukkan bahawa masa itu emas. 



Jika ditelusuri secara mendalam, pendidikan remaja dapat ditingkatkan melalui penggunaan teknologi remaja dapat menguasai matapelajaran yang kurang difahami dengan lebih jelas. Misalnya, remaja dapat belajar cara membuat soalan fizik dan matemtik dengan lebih senang pada laman ‘Youtube”. Blog seperti ‘Crash Course’, ‘Khan Academy’ dan sebagainya banyak mengajar subjek-subjek sains dan matematik dengan lebih kreatif. Mereka yang memuatnaik video-video tersebut tergolong daripada golongan yang mempunyai Phd dan ijazah sarjana dalam bidang- bidang yang spesifik. Maka, wajarlah remaja mempelajarinya daripada golongan pendidik ini kerana jauhari juga yang kenal manikam. Selain itu, melalui rancangan Tutor TV UPSR, PT3, SPM, pelajar dapat belajar dengan konsisten di rumah, tanpa membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Tambahan pila, aplikasi seperti ‘My Calendar’, "Spelndo" dan sebagainya dapat membuat remaja dalam pengurusan masa. Mereka hanya perlu menyenaraikan tugasan yang perlu diselesaikan dan pesanan peringatan akan diberikan dari semasa ke semasa. Impaknya, remaja akan selalu menyiapkan tugasan dan mengulangkaji pelajaran kerana pesanan peringatan akan selalu diaktifkan. Hal ini, dapat meningkatkan tahap pencapaian murid dalam peperiksaan sekolah hasil usaha yang berterusan, kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Tambahan pula, laman web ‘Bumi Gemilang ‘, ‘Bank Soalan’ dan ‘Narzuki Online’ merupakan antara laman yang membolehkan remaja memuat turun, kertas-kertas soalan percubaan SPM, soalan sebenar SPM dan sebagainya. Dengan ini tahap pencapaian calon-calon SPM akan meningkat. Melalui pencapaian akademik terunggul, remaja mudah mendapatkan pekerjaan yang lebih meyakinkan. Maka, kadar pengangguran di negara kita, dapat dikurangkan. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh, teknologi maklumat dapat meningkatkan kualiti pendidikan remaja. 






Monday 10 June 2019

Langkah-Langkah Mengatasi KEMALANGAN JALAN RAYA (Part 2)






[Feb 2020 Update] Note: Bhoshaga (SPM 2016 10A+) is offering BM tuitions for SPM 2020 students who are in Form 4 / Form 5 only. Click here to learn more and to sign up. Only 6 spots left. Ends March 2020.


Dari kaca mata lain, kes kemalangan jalan raya ini dapat ditangani dengan adanya usaha daripada pihak media massa. Media massa yang merangkumi surat khabar, televisyen, akhbar dan radio banyak mempengaruhi minda manusia pada era ini, berbanding dengan nasihat manusia. Justeru, media massa memainkan peranan yang signifikan dalam menyebarkan isu-isu kemalangan jalan raya kepada rakyat Malaysia. Berita terkini mengenai kemalangan jalan raya, haruslah diselitkan dalam surat khabar. Oleh itu, rakyat yang membaca berita tersebut turut dapat berasa kepahitan apabila ditimpa kemalangan. Maka, rakyat tidak akan bersikap sudah terhantuk baru terngadah, malah cuba mencari jalan penyelesaian untuk meminumkan isu ini, mujurlah di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Pihak radio, pula haruslah kerap menyalurkan iklan-iklan mengenai isu kemalangan ini. Pada musim perayaan terutamanya, pihak radio haruslah kerap mengingati para pendengarnya supaya mematuhi adat-adat di jalan raya supaya dapat mengurangkan kes-kes yang meragut berpuluh-puluh nyawa setiap hari. Izharnya, pemandu kenderaan tidak akan cuai semasa di jalan raya. Topik-topik mengenai faktor-faktor yang menyumbang kepada kemalangan dan cara-cara untuk membendungnya hendaklah kerap dibincangkan. Dengan ini rakyat dapatlah mempelajari tentangnya, dan seterusnya mempraktikannya dalam kehidupan seharian. Tuntasnya, pihak media massa harus menyebarkan info-info tentang isu kemalangan ini, supaya rakyat dapat keluar dari kemelut sosial yang menghantui benak fikiran kita. 



Sejajar dengan itu, didikan kepada anak-anak harus diberikan sejak kecil lagi. Ibu bapa yang berperanan sebagai uswah hasanah keluarga haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa yang memandu secara tidak berhemah, nescaya akan dituruti oleh anak-anak. Justeru, memang tidak dapat disangkal bahawa ibu bapalah yang melakarkan personaliti, mencorakkan budi pekerti, dan mewarnai kehidupan anak-anak sehingga melahirkan bambar yang begitu indah. Maka, janganlah kita biarkan anak-anak kita untuk bercermin di air keruh. Di samping itu, didikan melalui pihak sekolah, harus dilakukan. Pelajar-pelajar harus diajar tentang adat-adat di jalan raya sejak bangku sekolah memandangkan, pucuk-pucuk yang hijau muda dilenturkan. Program seperti “Pandu Cermat, Jiwa Selamat” harus diadakan. Pendidikan tentang amalan berhemah di jalan raya, harus diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dengan ini, para pelajar dapat belajar tentang adat di jalan raya, contohnya undang-undang jalan raya, fungsi papan tanda di jalan raya, cara penggunaan lampu isyarat dan sebagainya. Impaknya, apabila para pelajar yang belum keras ubun-ubunnya mempelajari pendidikan sebegini, generasi baru, yang cermat dan disiplin dapat dilahirkan. Mujurlah, benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora, dan tercampak ke bumi menjadi penawar. Bulan semakin terang, bayang semakin jelas, institusi keluarga dan sekolah, kedua-duanya harus mengorak langkah-langkah yang afdal, dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, agar impian untuk menangani isu kemalangan jalan raya, tidak menjadi sekadar angan-angan Mat Jenin. 

Sebagai penggulung segala yang dibincangkan, kemalangan jalan raya merupakan polemik semasa yang tiada kesudahan. Jika kita berhasrat untuk menangani kemalangan jalan raya yang semakin hari, semakin serius ini, langkah-langkah yang proaktif dan konkrit haruslah dilaksanakan kerana yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek. Ingat, mencegah lebih baik daripada mengubati. Kemalangan jalan raya mampu dielakkan sekiranya semua pihak bergerak sederap seia sekata kerana tepuk sebelah tangan pasti tidak berbunyi. Kadar kemalangan yang sedikit mampu menaikkan martabat dan imej negara di pentas global agar negara kita disegani dan dipandang tinggi serta dilabel sebagai negara yang mengamalkan undang-undang yang berkesan. Oleh hal yang demikian, cegah sebelum parah, ingatlah orang yang tersayang, dan pandulah berhati-hati di jalan raya.

Langkah-Langkah Mengatasi KEMALANGAN JALAN RAYA (Part 1)

Kemalangan jalan raya masih berlaku terutamanya pada musim perayaan. Jelaskan langkah-langkah mengatasi kemalangan jalan raya.

[Feb 2020 Update] Note: Bhoshaga (SPM 2016 10A+) is offering BM tuitions for SPM 2020 students who are in Form 4 / Form 5 only. Click here to learn more and to sign up. Only 6 spots left. Ends March 2020.

Kemalangan jalan raya masih menghantui masyarakat Malaysia

"Kadangkala, pemandu yang lambat ke kerja, terpaksa menempuh kesesakan jalan raya, dengan bersongketkan matahari yang panas terik, akan bersikap serakah."


Dasawarsa ini, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang, kes-kes kemalangan jalan raya makin menjadi parah barah, dan sering menjadi fokus perbincangan dan mauduk utama akhbar harian di Malaysia. Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan fikiran masyarakat. Peratus kes kemalangan semakin meningkat tahun ke tahun terutamanya pada musim perayaan. Hal ini disebabkan oleh anggota masyarakat begitu ghairah untuk pulang ke kampung halaman dengan perasan bagai digamit rindu sehingga mengabaikan peraturan jalan raya. Tragedi, seramai 14 orang maut sementara 16 lagi cedera dalam nahas bas ekspres yang terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Johor, pada 24 Disember tahun lalu, cukup membimbangkan pelbagai pihak. Kalau ditanya siapa dalangnya, atau dari mana akar umbinya, masing-masing menuding jari sesama sendiri, mujurlah, sudah merah kunyit salahkan kapur, dan kapur salahkan kunyit. “Ketika satu pintu ditutup, maka pintu lain akan dibuka, namun kadang-kadang kita terpaku terlalu lama pada pintu yang ditutup dan tidak melihat pintu lain yang dibuka untuk kita”. Itulah kata-kata Alexander Graham Bell, yang jelas menunjukkan bahawa setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya. Justeru, sebelum nasi menjadi bubur, apakah langkah-langkah pragmatik yang perlu diimplementasikan bagi mengatasi masalah ini? 




Sebagai mukadimah perbincangan, segala penyelesaian kepada sesuatu masalah bermula dari diri sendiri. Bagi mengorak langkah menangani kemalangan jalan raya, setiap individu di Malaysia harus melaksanakan anjakan paradigma dengan mengamalkan ciri panduan berhemah. Ciri pemanduan berhemah ini haruslah dilaksanakan selaras dengan perundangan yang ditetapkan oleh kerajaan. Misalnya, pemandu haruslah memakai tali pinggang kereta, mematuhi had laju yang ditetapkan dan memakai topi keledar untuk mereka yang menunggang motosikal. Melalui pengamalan ciri-ciri pemanduan berhemah ini, sudah tentu individu dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara-perkara yang mendorong ke arah kemalangan jalan raya, kerana umum mengetahui bahawa, malang tidak berbau. Namun, sayang seribu kali sayang masyarakat mula memandang enteng mengenai perkara-perkara kecil ini, kerana mempunyai stigma bahawa perkara ini hanya relevan untuk pemandu baru. Contohnya, ramai pengguna jalan raya tidak mengendahkan had laju yang ditetapkan kerana menganggap dirinya sebagai pemandu yang profesional. Akibatnya, berlakulah kemalangan di selekoh jalan, di persimpangan jalan raya dan sebagainya. Senario ini, dapat dibendung jika peraturan jalan raya dipatuhi selalu. Di samping itu, perasaan pemandu juga memainkan peranan yang vital semasa aktiviti memandu. Kadangkala, pemandu yang lambat ke kerja, terpaksa menempuh kesesakan jalan raya, dengan bersongketkan matahari yang panas terik, akan bersikap serakah. Akibatnya, mereka akan memandu dalam had laju yang tinggi serta melanggar lampu isyarat dan seterusnya mengakibatkan kemalangan. Berpeganglah kepada kewarasan akal yang rasional dan jangan mudah ikut hati, mujurlah ikut hati mati, ikut rasa binasa. Justeru, jadikanlah pemanduan berhemah sebagai amalan kerana pandu cermat, jiwa pasti selamat. 


Jika ditelusuri secara mendalam, pihak kerajaan harus memainkan obligasi mereka dalam usaha pembendungan isu kemalangan jalan raya. Perundangan yang ketat harus diimplementasikan. Undang-undang yang sedia ada, harus digariskan supaya dapat memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada pengguna jalan raya. Hal ini, dapat menimbulkan perasaan yang takut dalam kalangan masyarakat untuk melakukan salah laku. Kepada samseng jalan raya yang keras kepala, mekanisme penjara dan saman boleh dikenakan, bak kata pepatah setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di atas kerbau juga. Selain itu, dalam ledakan sains dan teknologi ini, penggunaan kamera perangkap kelajuan dapat digiatkan. Penggunaan kamera ini harus dikembangkan sehingga ke jalan raya dan kawasan pedalaman, dan bukan sahaja di kawasan bandar. Hal ini bagaikan sambil menyelam minum air, kerana bukan sahaja pemandu yang bersalah dapat ditangkap, malah beban pihak polis dapat dikurangkan. Tambahan lagi, pihak kerajaan juga mestilah memperketatkan tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji pemandu kenderaan. Memandangkan, kebanyakkan daripada pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan ialah mereka yang berdarah muda, kerajaan mestilah mengetatkan tahap kelulusan ujian memandu. Oleh hal yang demikian, kita dapatlah melahirkan pengguna jalan raya yang berhemah dan berkualiti. Pihak yang mengeluarkan lesen kepada pemuda dan pemudi pula, harus menghindari daripada gejala rasuah. Perbuatan sebegini akan meberikan impak yang negatif terhadap generasi belia ini, yang merupakan bakal peneraju negara, mujurlah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negeri. Polis Diraja Malaysia (PDRM), pula harus kerap memantau pihak-pihak ini dan memberikan hukuman kepada mereka yang diibaratkan bagai duri dalam daging. Sudah terang lagi bersuluh, pihak kerajaan memainkan peranan yang utama dari semua aspek dalam usaha ini. 



Premium: Langkah-Langkah Menerapkan Semangat Patriotik

Premium: Semangat patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja kini berpunca daripada kurangnya penekanan oleh ibu bapa. Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.

[Feb 2020 Update] Note: Bhoshaga (SPM 2016 10A+) is offering BM tuitions for SPM 2020 students who are in Form 4 / Form 5 only. Click here to learn more and to sign up. Only 6 spots left. Ends March 2020.
Ibu bapa merupakan tonggak kepada perkembangan anak-anak


‘Tak tumbuh, tak melata, tak sungguh orang tak kata’. Mengikut pepatah Melayu tersebut, isu tentang kelunturan semangat patriotik dalam kalangan remaja semakin hangat diperkatakan oleh masyarakat segenap empat penjuru di dunia ini. Peristiwa remaja menjatuhkan imej negara, dan memburukkan nama negara semakin menghiasi lembaran media sosial. Namun, kita harus menerima lumrah kehidupan bahawa keruh di muara pasti bermula di hulunya. Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif setiap permasalahan yang berlaku pasti mempunyai punca-puncanya kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Kalau ditanya siapakah dalangnya, atau dari manakah akar umbinya masing-masing menuding jadi sesama sendiri, mujurlah sudah merah, kunyit salahkah kapur, kapur salahkan kunyit. Justeru, tanpa menyalahkan sesiapa kita perlu memikirkan secara mendalam untuk mencari formula terbaik bagi mengatasi kekangan ini. Mujurlah, ibu bapa merupakan tonggak kepada perkembangan anak-anak, terutamanya remaja. Sayang seribu kali sayang, kebanyakkan ibu bapa pada era pasca perindustrian ini sibuk bekerja bagai lebah menghimpun madu sehingga cahaya mata mereka terabai persis anak kera di hutan disusui anak sendiri mati kelaparan dan seterusnya, mengakibatkan kelunturan semangat patriotik dalam kalangan belia. Ibubapa yang mementingkan duniawi dan mengejar fatamorgana bersikap materialistik bagai belit diketil ekor tidak menghiraukan perkembangan anak-anak. Ibu bapa selaku uswah hasanah dalam proses mengasuh remaja harus memikul obligasi mereka. Persoalan yang sering berlegar-legar di benak fikiran kita ialah apakah perencah yang lebih afdal yang dapat digunakan bagi mengekang gejala ini. 

Sebagai mukadimah perbincangan...

Baca keseluruhan karangan A++ ini dengan KARANGAN PANAS PREMIUM sekarang!

Punca dan Langkah Mengatasi KERUNTUHAN AKHLAK


Masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada masa kini semakin kritikal. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, namun masih belum menampakkan hasil yang diingini. Nyatakan punca-punca dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.


[Feb 2020 Update] Note: Bhoshaga (SPM 2016 10A+) is offering BM tuitions for SPM 2020 students who are in Form 4 / Form 5 only. Click here to learn more and to sign up. Only 6 spots left. Ends March 2020.


Remaja pada era pascakolonial ini amat berbeza dengan dahulu

"Anak- anak berasa terabai dan bebas melakukan perkara-perkara negatif di luar pengetahuan ibu bapa."

“Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu”, memetik kata-kata nukilan Nabi Muhammad SAW jelas menerangkan kepentingan akhlak yang murni serta akidah yang mulia. Remaja pada era pascakolonial ini amat berbeza dengan dahulu, dan watan mendepani kepincangan yang sinonim dengan keruntuhan akhlak. Kemelut ini semakin membarah dan telah menjadi topik perbincangan di kedai-kedai kopi sehingga dibahaskan di parlimen. Walaupun pelbagai formula telah dilakukan namun kemelut ini tidak dapat dibendung dan diibaratkan seperti mencurahkan air ke daun keladi. Persoalannya, apakah punca-punca kekangan ini dan apakah langkah-langkah yang seyogianya dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini? 




Sebagai mukadimah perbincangan, pada usia remaja ini remaja mengalami krisis identiti dan tercari-cari identiti diri mereka. Dalam pada itu sesetengah remaja yang tidak dapat menongkah keburukan terjebak dengannya, lantas masalah sosial berakar. Justeru, punca keruntuhan akhlak dapat dikaitkan dengan sikap remaja yang suka mencuba perkara baharu. Daripada mula ponteng sekolah, mereka mula berjinak-jinak dengan rokok dan diakhiri pula dengan najis dadah. Pengaruh merempit, melepak dan sebagainya turut mencari tempat dalam diri mereka. Hal ini demikian kerana remaja yang berumur setahun jagung, darah setampuk pinang mudah terpengaruh dan tidak dapat membezakan anatara kaca dengan permata. Misalnya, ketaksuhan melihat adegan-adegan perlumbaan motor dalam filem seperti KL Gangster, Fast and Furious series dan sebagainya mendorong remaja melibatkan diri dalam perlumbaan haram. Ungkapan ikut hati mati, ikut rasa binasa langsung tidak dihiraukan. Selain itu, mereka lebih tertarik dengan visi rakan sebaya yang boleh menjahanamkan diri mereka. Justeru, sikap ingin mencuba bersertakan pengaruh anasir luar mampu menumbangkan watan ke lembah kelaknatan. 



Sebagai lontaran idea kedua, kegagalan institusi keluarga dalam membentuk sahsiah anak-anak turut menjadi punca keruntuhan akhlak remaja. Institusi keluarga khususnya ibu bapa merupakan insan terdekat dan bertanggungjawab membentuk akhlak yang mulia. Sayang, seribu kali sayang kebanyakan, ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mereka dalam mengejar dunia materialistik. Mereka terpaksa bekerja berlebihan dan bertungkus-lumus mencari nafkah lantas kos sara hidup yang tinggi di bandar. Akibatnya, mereka kekurangan masa untuk mengawal akhlak anak-anak, apatah lagi memantau pergerakan mereka. Malahan jarang ibu bapa yang berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui tingkah laku mereka di sekolah. Selain itu, remaja yang membesar dalam keluarga yang porak-peranda dan sentiasa bertelingkah mendorong kepada masalah emosi mereka. Mereka lebih cenderung lari dari rumah dan beralih kepada rakan sebaya daripada berada di rumah. Anak- anak berasa terabai dan bebas melakukan perkara-perkara negatif di luar pengetahuan ibu bapa. Ibarat mengajar anak ketam berjalan betul jika kepincangan dalam keluarga ditunjukkan oleh ibu bapa, maka pincang jugalah anak-anak. 



Jika telusuri secara mendalam, langkah-langkah yang ampuh lagi bersepadu perlu diambil memandangkal watan yang bakal menerajui tampuk pentadbiran negara. Bagaimanakah jika nusa tercinta aman dan makmur ini dipimpin oleh remaja yang terlibat dengan seribu satu masalah sosial? Hakikatnya, institusi keluarga seyogianya memainkan peranan mereka. Mereka harus sedar bahawa lingkungan belasar tahun remaja perlu digunakan sebaik mungkin. Masa keemasan itu perlu digunakan untuk melengkapi remaja dengan nilai-nilai murni dan menghiasi diri mereka dengan budi bahasa yang luhur. Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya, ibu bapa harus mengawal tindak-tanduk cahaya mata mereka sejak mereka merah tapak kakinya lagi. Ibu bapa pula hendaklah berperangai positif kerana merekalah idola anak-anak peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya wajar diingati ibu bapa bahawa segala tindak-tanduk mereka menjadi teladan kepada anak, bak kata peribahasa, bapa borek anak rintik. Remaja juga perlu dilengkapi dengan pegangan agama kerana agama merupakan senjata ampuh untuk menangkis anasir-anasir luar. 



Dalam perspektif berbeza, pihak media massa juga perlu memainkan peranan mereka sebagai pendidik dan bukannya sebagai pemusnah remaja. Setiap rancangan yang disajikan kepada penonton wajar ditapis mengikut standard penapisan sebelum ditayangkan. Kegagalan membuat demikian harus dikenakan hukuman berat oleh Kementerian Penerangan. Filem-Filem Barat yang memaparkan adegan seperti tembak-menembak, perlumbaan haram, pergaulan bebas dan sebagainya bukan sahaja tidak sesuai di Timur malah bertentangan dengan budaya kita. Dengan mendukung tanggungjawab sosial, media massa haruslah menayangkan rancangan-rancangan yang dapat membentuk akhlak remaja yang unggul. Sebagai tamsilan, TV3 yang dipelopori dengan kartun Upin dan Ipin yang bertemakan keluarga mengajar kita menghormati orang. Rancangan-rancangan sedemikian harus lebih giat diadakan dan ditayangkan pada waktu perdana. 



Akhirulkalam, bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa polemik keruntuhan akhlak menjadi duri dalam daging. Kemelut ini tidak boleh dipandang enteng tetapi perlu diperangi hingga ke akar umbinya. Kita harus sedar bahawa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Ingatlah bahawa remaja memerlukan panduan dan bimbingan dalam meniti kehidupan mereka. Justeru, langkah-langkah yang ampuh lagi bersepadu perlu gancang diambil membendung masalah keruntuhan akhlak. Secara tidak langsung, insan yang utopia dan berbudi bahasa dapat dibentuk, persis kata mutiara sambil menyelam minum air. Remaja hendaklah disuntik dengan budi bahasa bagi mengelakkan mereka terjeremus dalam masalah sosial yang dapat merosakkan masa hadapan mereka, bangsa dan negara. Persis kata serangkap pantun; 



Teguh rumah kerana sendi, 
Runtuh sendi rumah binasa, 
Teguh bangsa ialah budi, 
Runtuh budi runtuhlah bangsa.

Faedah-Faedah Menyertai Program MOTIVASI

Setiap tahun sekolah anda menganjurkan pelbagai program motivasi dan anda sering terlibat dalam program-program tersebut. Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai program motivasi.

Soalan dipetik daripada: SPM 2012 – Soalan 1

[Feb 2020 Update] Note: Bhoshaga (SPM 2016 10A+) is offering BM tuitions for SPM 2020 students who are in Form 4 / Form 5 only. Click here to learn more and to sign up. Only 6 spots left. Ends March 2020.


Program Motivasi membina semangat berkobar-kobar dalam jiwa remaja



"Menurut seorang ahli fizik terkemuka, Sir Isaac Newton, beliau mengatakan bahawa memerhati, mengetahui dan memahami adalah lebih penting berbanding dengan menghafal bulat-bulat sesuatu."


Program motivasi dapat ditakrifkan sebagai kem atau bengkel untuk menyemai semangat yang kental, kerajinan dan tidak mudah putus asa. Saban hari, polemik pelajar sekolah yang cenderung akan gejala negatif seperti melepak sering terpampang pada dada akhbar harian. Lebih membimbingkan lagi, kemelut ini tidak asing lagi malah dipelopori oleh pihak media massa. Remaja sedemikian dikatakan kurang bermotivasi sehingga terjerumus ke kancah kelaknatan. Menyedari hakikat tersebut, pihak sekolah telah mengatur beberapa langkah pragmatik sebelum kudis menjadi tokak. Salah satu daripadanya ialah penganjuran program motivasi terutamanya pada cuti sekolah yang mampu memberikan seribu satu manfaat terhadap pelajar. 




Sebagai mukadimah perbincangan, program motivasi dapat memberi faedah serampang dua mata, iaitu memupuk semangat untuk belajar dan mengikis sifat malas. Fasilitator-fasilitator yang berpengalaman tersebut akan memberi tunjuk ajar serta beberapa tip supaya pelajar tidak kehilangan motivasi mereka. Motivasi diibaratkan seperti hala tuju atau wawasan pelajar, dan jika motivasi mereka meluntur, nescaya kehidupan mereka seperti layang-layang putus talinya. Salah satu strategi menguatkan semangat ialah dengan menggenggam pada kata-kata semangat seperti ‘saya boleh’, ‘saya pasti berjaya’ dan sebagainya. Frasa-frasa sedemikian mampu memberi dorongan supaya melipatgandakan usaha dalam pelajaran. Selain itu, kata-kata hikmat seperti ‘Jangan berehat apabila letih, berehat setelah selesai’, mampu menusuk semangat tidak berputus asa jauh dalam lubuk kalbu mereka. 



Sebagai lontaran idea kedua, program motivasi dapat mendedahkan pelajar kepada kehendak soalan atau peperiksaan. Mereka akan diajar teknik pembelajaran yang efisien untuk menjimatkan masa memandangkan masa itu emas. Sebagai tamsilan, daripada menghafal isi dalam mata pelajaran sejarah, lebih baik pelajar memahaminya kerana peperiksaan hanya menguji kefahaman itu. Menurut seorang ahli fizik terkemuka, Sir Isaac Newton, beliau mengatakan bahawa memerhati, mengetahui dan memahami adalah lebih penting berbanding dengan menghafal bulat-bulat sesuatu. Ini terbukti apabila beliau mencipta teori graviti daripada memahaminya. Selain itu, pelajar juga akan diajar cara membuat jadual belajar supaya tidak berasa bosan mengulangkaji. Sebagai tamsilan, mata pelajaran yang susah belajar pada waktu pagi kerana badan masih aktif dan minda masih cerdas. 



Jika ditelusuri secara mendalam, program-program motivasi berupaya menyulam nilai-nilai murni dalam sanubari remaja. Remaja yang berpendapat bahawa belajar sedikit setiap hari tidak berguna sudah tentu jauh ketinggalan berbanding dengan seorang yang rajin. Program motivasi mengajar nilai-nilai murni seperti kerajinan, sabar dan berusaha gigih, persis kata mutiara, genggam bara api biar sampai jadi arang, dan alang-alang pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Nilai-nilai sedemikian serta berfikiran positif dapat mengelakkan watan daripada berasa takut, panik atau bergentar semasa menduduki pelajaran. Selain itu, persediaan fizikal dan mental seperti bersenam serta beriman menyediakan seseorang berteraskan sifat yang syumul dan bersedia. Secara tidak langsung, nilai-nilai murni dapat mengelakkan sikap segelintir remaja yang “menyumbat” isi sehari sebelum peperiksaan menjelang. 



Rentetan itu, mengikuti program motivasi dapat mengelakkan pembaziran masa, terutamanya semasa cuti persekolahan. Ramai pelajar mengatakan bahawa cuti terlalu pendek dan perlu ditambahkan harinya, namun mereka tidak sedar bahawa tidak ramai yang memanfaatkan masa. “Jika saya mempunyai masa sebanyak lapan untuk memotong pokok, saya akan gunakan enam jam mengasah kapak saya”. Memetik kata-kata mantan presiden Amerika, John F. Kennedy jelas menerangkan kepentingan pengurusan masa. Para pelajar yang diberikan cuti penggal akan membazirnya dengan alasan cuti adalah untuk berehat. Mereka muda terjerumus dalam kegiatan tidak berfaedah seperti melepak, menonton rancangan hiburan dan sebagainya dan lebih teruk lagi jika terjebak dalam gejala sosial. Jika mereka mengikuti program motivasi pula, mereka akan menggunakan masa mereka sebaik mungkin serta menimba seribu satu kemaslahatan, bak kata peribahasa, sambil menyelam minum air. 



Akhirulkalam, bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa program motivasi dapat memberikan impak yang positif dalam membentuk diri pelajar. Motivasi dikatakan sebagai pendorong utama dan merupakan wadah yang efektif untuk para pelajar untuk mengasah kemahiran diri dan dapat bersaing dengan pelajar lain, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Sudah terang lagi bersuluh bahawa program motivasi seyogianya diteruskan dan diatur dengan lebih menarik supaya dapat sambutan hangat. Semangat yang dapat diberikan oleh motivasi yang kuat dapat digambarkan dalam serangkap lirik lagu Gemuruh Jiwa, nyanyian Faizal Tahir khas untuk Sukma XI di Perlis; 



Gemuruh jiwa, semangat membara, 
Dari puncak ingin ke angkasa, 
Berkalungkan bintang berkelipan, 
Menyerlah jauh dari yang biasa. 


Justeru, semangat kental yang utuh amat penting bagi melahirkan generasi berkaliber lantas pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Semoga program motivasi dapat menyumbang kepada merealisasikan visi kudsi Bapa Pemodenan dan bukan sekadar angan-angan Mat Jenin, lantas Wawasan 2020 dapat digamit.

Faktor Dan Langkah Menangani DEMAM DENGGI (Part 2)


[Feb 2020 Update] Note: Bhoshaga (SPM 2016 10A+) is offering BM tuitions for SPM 2020 students who are in Form 4 / Form 5 only. Click here to learn more and to sign up. Only 6 spots left. Ends March 2020.


Meninjau isi ini dari dimensi berlainan, kerajaan sebagai jentera pentadbiran negara dan juga penawar mujarab harus memikul tanggungjawab untuk melancarkan beberapa dasar serta menguatkuasakan undang-undang. Hal ini penting untuk menangani masalah kekotoran dan menguruskan pembuangan sampah dengan lebih sistematik lagi. Kerajaan perlu mengenakan denda yang lebih tinggi dan tegas mengambil tindakan bagi mengelakkan orang yang tidak bertanggungjawab daripada kancah denggi. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang dapat menginsafkan rakyat dan sekaligus menyuntik sikap bertanggungjawab dalam nukleus masyarakat. Sikap bertanggungjawab ini dapat mengubah corak pemikiran orang ramai supaya menjadi seseorang insan yang sedar akan kesihatan mereka. Rentetan itu, pemeriksaan-pemeriksaan wajar diadakan secara giat lagi di kawasan perumahan mahupun pembandaran. Tempat-tempat yang didapati menjadi sarang nyamuk aedes perlu disita dan dibersihkan. Ingatlah bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. 



Sementelahan itu, media massa juga perlu memainkan peranan mereka kerana pada era ini, media massa menerajui tampuk kehidupan masyarakat khususnya belia. Media massa bercetak mahupun elektronik perlu membincangkan langkah-langkah mencegah penyebaran wabak denggi misalnya dengan mengadakan gotong-royong membersihkan rumah pada setiap hujung minggu. Di samping itu, kerajaan boleh mempertimbangkan alternatif penyiaran iklan, ilustrasi menarik atau kartun di media massa yang bersifat deduktif seperti menyampaikan mesej tentang kepentingan kesedaran mencegah wabak denggi. Misalnya, usaha ini telah dipelopori oleh RTM dan rancangan iklan seperti iklan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Iklan ini menceritakan tentang seorang anak yang cuba menerangkan keburukan air bertakung kepada ibunya. Ibunya tidak mempedulikannya dan akhirnya menangis di pintu ICU apabila melihat anaknya yang hidup nyawa-nyawa ikan. Iklan yang berslogan ‘Tidak peduli?, Maut menanti!’. Ini jelas menunjukkan keburukan demam denggi dan mampu menginsafkan diri kita untuk berubah. Kesimpulannya, media massa yang berperanan sebagai penggerak kemajuan hendaklah, menyedarkan rakyat akan penyakit denggi sebelum nasi menjadi bubur. 



Akhirulkalam, semua pihak terutamanya ibubapa sebagai tonggak institusi keluarga bersama-sama pihak kerajaan dan media massa hendaklah menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing untuk membendung penyakit demam denggi lantaran bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Alexander Graham Bell pernah menukilkan kata-kata bahawa “Jika satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. Namun kita tetap melihat dan kemudiannya menyesal kerana pintu penyelesaian tertutup terlalu lama sehingga tidak menyedari pintu lain yang sudah terbuka.” Justifikasi daripada ini, semua pihak hendaklah meluaskan horizon pemikiran dalam mencari akal ajar dapat mengelakkan wabak denggi daripada terus menular supaya masyarakat sering dihembusi bayu kesejahteraan. Pepatah melayu ada mengatakan ingat sebelum kena, jimat sebelum habis kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Justeru, polemik demam denggi perlulah dipandang serius dan langkah-langkah afdal hendaklah diambil bagi mengelakkan kepincangan kepada watan pada muka hari. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah masyarakat di Malaysia terus berdiri teguh dan bebas daripada belenggu denggi walaupun jua rintangan yang dihadapi.