Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan standard industri yang semakin menjadi penting dalam kehidupan seharian. Jelaskan manfaat menguasai TMK kepada remaja.
[Feb 2020 Update] Note: Bhoshaga (SPM 2016 10A+) is offering BM tuitions for SPM 2020 students who are in Form 4 / Form 5 only. Click here to learn more and to sign up. Only 6 spots left. Ends March 2020.
Kemajuan teknologi 5G merupakan industri baru |
"Dengan ini tahap pencapaian calon-calon SPM akan meningkat."
“Berikan saya seratus orang tua, aku hanya mampu menggoncang sebuah perahu, tetapi berikan saya sepuluh orang remaja aku mampu menggegarkan dunia ini”. Ungkapan retorik yang dilontarkan oleh mantan Presiden Indonesia memberikan mesej yang eksplisit bahawa remaja merupakan aset yang ternilai kepada negara, mujurlah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Justeru, pelbagai cara didikan dan dorongan harus diberikan kepada mereka supaya menjadi insan yang holistik. Teknologi maklumat boleh dikatakan mempunyai seribu kemaslahatan kepada golongan pemuda ini. Tatkala, nusa tercinta kita rancak menari mengikut rentak arus modenisasi, bagaikan belit diketil ekor, kemajuan teknologi bukanlah perkara yang asing lagi, malah wajib digunakan saban hari. Teknologi yang dapat melebihi kemampuan manusia yang biasa ini, haruslah digunakan dengan sebaik mungkin. Namun begitu, polemik teknologi maklumat membawa kesan negatif semakin hangat diperkatakan oleh ahli akademik segenap empat penjuru di dunia ini. Peristiwa, nyawa tergadai akibat teknologi, umat manusia semakin malas, dan penularan budaya hedonisme telah dikaitkan dengan teknologi. Jika ditanya siapakah dalangnya, atau dari manakah akar umbinya, masing-masing menuding jari sesame sendiri, mujurlah sudah merah kunyit salahkan kapur, kapur salahkan kunyit. Namun begitu, mengikut Institusi Lanjutan Sains dan Teknologi Kore, (KAIST), teknologi maklumat sememangnya, memberikan kebaikan lebih daripada keburukan. Jika ditinjau balik sejarah pembangunan teknologi, pelbagai prasarana dan kemudahan telah dihasilkan hasil kajian saintifik dan inovasi para saintis. Kemudahan dan manfaat teknologi kini, pula lebih berbeza daripada teknologi lama. Justeru, golongan remaja haruslah menguasai teknologi maklumat ini sepenuhnya. Persoalan yang sering berlegar-legar di benak fikiran manusia pula ialah, apakah manfaat teknologi maklumat kepada golongan remaja? Tepuk dada Tanya selera!
Sebagai mukadimah, perbincangan teknologi maklumat dapat menjimatkan masa seseorang. Abraham Lincoln, mantan presiden Amerika Syarikat pernah berkata, “ Jika saya diberikan lapan jam untuk menebang sebatang pokok, saya akan menghabiskan enam jam untuk mengasah kapak saya.” Hal ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya pengurusan masa dalam membuat sebuah kerja. Melalui penggunaan teknologi seperti internet dan komputer, golongan pelajar mampu menjimatkan banyak masa. Misalnya, maklumat yang dikehendaki tidak lagi perlu dicari antara ratus-ratusan buku di perpustakaan. Hanya dengan satu klik pada laman ‘Google’, pelbagai maklumat akan tersenarai pada kaca komputer. Selain itu, untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru, remaja tidak lagi perlu menghabiskan masa untuk mendapatkan info-info yang tertentu. Hal ini demikian kerana, semua maklumat bagaikan di hujung jari. Tambahan pula, memandangkan pendidikan kini berformat abad ke-21, yang berorientasikan pembentangan pelajar di kelas, penggunaan Microsoft Word, Excel, Powerpoint dan sebagainya amat membantu. Melalui aplikasi-aplikasi yang baru pula, pembentangan pelajar dapat diceriakan dengan video-video grafik, animasi dan lagu-lagu yang mencuitkan hati. Selain itu, golongan pelajar tidak lagi perlu membawa kamus bahasa ke mana jua hanya untuk mengetahui sesuatu makna perkataan. Perisian laman ‘Google’ juga boleh berfungsi sebagai kamus sendiri. Maka, masa yang dimakan untuk mencari perkataan dalam ratusan muka surat kamus dapat dielakkan melalui penggunaan internet. Impaknya, remaja yang bakal melangkah ke menara gading dan alam kerjaya akan bersa mudah untuk menyesuaikan diri. Hal ini demikian sebab dunia luar lebih bersifat dalam talian contohnya penggunaan e-dagang, urusan e-perbankan dan sebagainya. Remaja tidak akan menjadi bagai rusa masuk ke kampung kelak. Justeru, teknologi maklumat sememangnya dapat menjimatkan masa remaja. Pujangga Arab pernah berkata, “masa ibarat mata pedang, jika anda tidak memancung masa, masa akan memancung kamu,” jelas menunjukkan bahawa masa itu emas.
Jika ditelusuri secara mendalam, pendidikan remaja dapat ditingkatkan melalui penggunaan teknologi remaja dapat menguasai matapelajaran yang kurang difahami dengan lebih jelas. Misalnya, remaja dapat belajar cara membuat soalan fizik dan matemtik dengan lebih senang pada laman ‘Youtube”. Blog seperti ‘Crash Course’, ‘Khan Academy’ dan sebagainya banyak mengajar subjek-subjek sains dan matematik dengan lebih kreatif. Mereka yang memuatnaik video-video tersebut tergolong daripada golongan yang mempunyai Phd dan ijazah sarjana dalam bidang- bidang yang spesifik. Maka, wajarlah remaja mempelajarinya daripada golongan pendidik ini kerana jauhari juga yang kenal manikam. Selain itu, melalui rancangan Tutor TV UPSR, PT3, SPM, pelajar dapat belajar dengan konsisten di rumah, tanpa membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Tambahan pila, aplikasi seperti ‘My Calendar’, "Spelndo" dan sebagainya dapat membuat remaja dalam pengurusan masa. Mereka hanya perlu menyenaraikan tugasan yang perlu diselesaikan dan pesanan peringatan akan diberikan dari semasa ke semasa. Impaknya, remaja akan selalu menyiapkan tugasan dan mengulangkaji pelajaran kerana pesanan peringatan akan selalu diaktifkan. Hal ini, dapat meningkatkan tahap pencapaian murid dalam peperiksaan sekolah hasil usaha yang berterusan, kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Tambahan pula, laman web ‘Bumi Gemilang ‘, ‘Bank Soalan’ dan ‘Narzuki Online’ merupakan antara laman yang membolehkan remaja memuat turun, kertas-kertas soalan percubaan SPM, soalan sebenar SPM dan sebagainya. Dengan ini tahap pencapaian calon-calon SPM akan meningkat. Melalui pencapaian akademik terunggul, remaja mudah mendapatkan pekerjaan yang lebih meyakinkan. Maka, kadar pengangguran di negara kita, dapat dikurangkan. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh, teknologi maklumat dapat meningkatkan kualiti pendidikan remaja.
karangan pendek tajuk ni
ReplyDeleteplz
saya nak contoh karangan manfaat teknologi 250 patah perkataan
ReplyDeletebolehkah saya muat turun karangan ini?
ReplyDelete