[Feb 2020 Update] Note: Bhoshaga (SPM 2016 10A+) is offering BM tuitions for SPM 2020 students who are in Form 4 / Form 5 only. Click here to learn more and to sign up. Only 6 spots left. Ends March 2020.
Jika dilihat dari perspektif yang berbeza, teknologi maklumat merupakan saluran yang utama dalam usaha meningkatkan taraf pengetahuan am remaja. Dalam ledakan sains dan teknologi ini, penggunaan internet untuk mendapatkan maklumat terkini. Malah remaja tidak perlu mengetahui perkembangan hari ini, dalam surat khabar keesokan harinya. Saluran Bernama, Awani, Buletin Utama dan sebagainya menyiarkan berita terkini dalam negara pada bila-bila masa pada kaca televisyen. BBC, CNN, Aljazeerah dan sebagainya pula, dapat meluahkan kita mengenai pergolohan dunia luar. Maka remaja tidak akan dikenali sebagai katak di bawah tempurung, kerana mempunyai tahap pengetahuan am mengenai berita terkini yang senipis kulit bawang. Rentetan itu, teknologi maklumat merupakan wadah yang efektif untuk pembelajaran pelbagai bahasa. Penguasaan bahasa selain bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda adalah amat penting. Hal ini kerana, kebanyakkan syarikat multinasional memerlukan pekerja yang dapat berinteraksi dengan manusia sarwajagat. Malah, mengikut kajian Institusi Penyelidikan Negara, masalah pengangguran dalam kalangan graduan semakin meningkat kerana kurang menguasai kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Justeru, aplikasi seperti ‘Dualingo’, dapat memberikan ruang dan peluang kepada remaja untuk menguasai bahasa baru. Intihanya, nilai pemasaran remaja di peringkat global dapat meningkat kerana dapat memenuhi kehendak majikan di pelbagai sektor dari masa ke masa. Justeru, jelaslah bahawa melalui penggunaan teknologi maklumat, remaja dapat melengkapkan diri dengan segala kemahiran ibarat menyediakan payung sebelum hujan supaya dapat bersedia menghadapi pancaroba alam kerjaya. Hal ini amat penting memandangkan kehidupan manusia kelak merupakan sebuah misteri, mujurlah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Oleh itu, sebelum banyak bengkok terus patah. Seyogia, para remaja menguasai teknologi maklumat supaya dapat meningkatkan taraf pengetahuan diri dan seterusnya menjadi rakyat yang berminda kelas pertama.
Dari kaca mata lain, teknologi maklumat dapat membina jati diri remaja yang unggul. Umur remaja yang masih hijau pohon-pohonnya, mudah menghadapi masalah kemurungan dan pengangguan emosi yang ketara. Hal ini kerana, mereka mengalami pelbagai perubahan dari segi fizikal, mental dan persekitaran. Remaja yang berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang mudah bertindak mengikut nafsu. Maja yang tergolong itu haruslah ingat bahawa ikut hati mati, ikut rasa binasa dan ikut nafsu lesu. Maka, aplikasi seperti ‘7 Cups of Tea’, dan kaunseling dalam talian dapat memberikan dorongan dan bimbingan kepada mereka yang memerlukannya. Di samping itu, remaja dapat menggunakan internet untuk meningkatkan keyakinan diri. Artikel-artikel mengenai jati diri, kemahiran kepimpinan dan sebagainya dapat dibaca dan seterusnya dipelajari. Media sosial seperti ‘Facebook’, ‘Twitter’ ‘Whatsapp’ dan lain-lain lagi yang wujud dapat melebarkan lagi bulatan rakan-rakan dari setiap sudut dunia. Dengan ini, kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan dan jati diri yang unggul dapat diselitkan dalam diri remaja. Pada asasnya, nilai-nilai sebegitu seharusnya disemai dalam diri setiap remaja sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ini kerana, nilai-nilai dan sikap yang diajar sejak kecil itu yang akan membentuk diri seseorang dan akan dibawa hingga ke akhir nafas mereka. Maka, bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa, teknologi maklumat merupakan wadah yang efektif dalam mengurangkan masalah depresi dan kemurungan, sebaliknya dapat melengkapkan diri remaja untuk menghadapi masa depan yang penuh dengan anak dan duri. Bang Tju, ahli falsafah China pernah berkata “ Rakyat ibarat akar pokok, jika akarnya sihar, pokoknya juga sihat.”’ Tuntasnya, akar rakyat negara ini ialah pemuda pemudi dan untuk memastikan kesuburan pokok, para remaja negara ini harus dicorakkan dengan aspek yang diperlukan dalam diri seseorang untuk menjadi pewaris negara yang terunggul.
Sebagai penggulung segala yang dibincangkan, teknologi maklumat sememangnya membawa kebaikan pada remaja. Usaha untuk meningkatkan kualiti pembangunan teknologi negara kita harus diusahakan. Hal ini kerana, negara maju yang lain seperti Korea dan Jerman telah berusaha keras sehingga mencipta alatan yang sofistikated seperti perisian 'Connected Drive', kereta BMW, Mercedes Benz, dan telefon pintar Samsung. Justeru, setiap individu haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan menggarap minhaj yang efektif supaya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. Lao Tze, ahli falsafah China pernah berkata, perjalanan seribu batu, bermula dengan langkah yang pertama. Oleh itu, dengan berbekalkan teknologi maklumat yang bertaraf pertama, semua golongan individu bukan sahaja remaja dapat memanfaatkannya. Bertitik tolak daripada itu, semoga usaha yang setinggi-tinggi Gunung Everest, seluas-luas banjaran Himalaya, sedalam-dalam jurang Mariana terselit dalam sanubari para remaja untuk terus memajukan sektor teknologi kita. Hanya melalui usaha para belia, yang bagaikan lebah menghimpun madu, mampu meningkatkan teknologi negara. Hal ini kerana, remaja merupakan tulang belakang negara dan bakal menerajui tampuk pentadbiran negara pada suatu masa yang akan datang. Bak kata serangkap pantun,
Bunga peria di atas sampan,
Dahan gedangsa, bersilang-silang,
Di tangan belia terletak harapan,
Membawa nusa ke mercu gemilang.
No comments:
Post a Comment
Adakah kualiti karanganpanas mantap? Perlukan contoh karangan? Nyatakan di sini!