Kemalangan jalan raya masih berlaku terutamanya pada musim perayaan. Jelaskan langkah-langkah mengatasi kemalangan jalan raya.
[Feb 2020 Update] Note: Bhoshaga (SPM 2016 10A+) is offering BM tuitions for SPM 2020 students who are in Form 4 / Form 5 only. Click here to learn more and to sign up. Only 6 spots left. Ends March 2020.
Kemalangan jalan raya masih menghantui masyarakat Malaysia |
"Kadangkala, pemandu yang lambat ke kerja, terpaksa menempuh kesesakan jalan raya, dengan bersongketkan matahari yang panas terik, akan bersikap serakah."
Dasawarsa ini, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang, kes-kes kemalangan jalan raya makin menjadi parah barah, dan sering menjadi fokus perbincangan dan mauduk utama akhbar harian di Malaysia. Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan fikiran masyarakat. Peratus kes kemalangan semakin meningkat tahun ke tahun terutamanya pada musim perayaan. Hal ini disebabkan oleh anggota masyarakat begitu ghairah untuk pulang ke kampung halaman dengan perasan bagai digamit rindu sehingga mengabaikan peraturan jalan raya. Tragedi, seramai 14 orang maut sementara 16 lagi cedera dalam nahas bas ekspres yang terjunam ke dalam cerun sedalam 20 kaki di Johor, pada 24 Disember tahun lalu, cukup membimbangkan pelbagai pihak. Kalau ditanya siapa dalangnya, atau dari mana akar umbinya, masing-masing menuding jari sesama sendiri, mujurlah, sudah merah kunyit salahkan kapur, dan kapur salahkan kunyit. “Ketika satu pintu ditutup, maka pintu lain akan dibuka, namun kadang-kadang kita terpaku terlalu lama pada pintu yang ditutup dan tidak melihat pintu lain yang dibuka untuk kita”. Itulah kata-kata Alexander Graham Bell, yang jelas menunjukkan bahawa setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya. Justeru, sebelum nasi menjadi bubur, apakah langkah-langkah pragmatik yang perlu diimplementasikan bagi mengatasi masalah ini?
Sebagai mukadimah perbincangan, segala penyelesaian kepada sesuatu masalah bermula dari diri sendiri. Bagi mengorak langkah menangani kemalangan jalan raya, setiap individu di Malaysia harus melaksanakan anjakan paradigma dengan mengamalkan ciri panduan berhemah. Ciri pemanduan berhemah ini haruslah dilaksanakan selaras dengan perundangan yang ditetapkan oleh kerajaan. Misalnya, pemandu haruslah memakai tali pinggang kereta, mematuhi had laju yang ditetapkan dan memakai topi keledar untuk mereka yang menunggang motosikal. Melalui pengamalan ciri-ciri pemanduan berhemah ini, sudah tentu individu dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara-perkara yang mendorong ke arah kemalangan jalan raya, kerana umum mengetahui bahawa, malang tidak berbau. Namun, sayang seribu kali sayang masyarakat mula memandang enteng mengenai perkara-perkara kecil ini, kerana mempunyai stigma bahawa perkara ini hanya relevan untuk pemandu baru. Contohnya, ramai pengguna jalan raya tidak mengendahkan had laju yang ditetapkan kerana menganggap dirinya sebagai pemandu yang profesional. Akibatnya, berlakulah kemalangan di selekoh jalan, di persimpangan jalan raya dan sebagainya. Senario ini, dapat dibendung jika peraturan jalan raya dipatuhi selalu. Di samping itu, perasaan pemandu juga memainkan peranan yang vital semasa aktiviti memandu. Kadangkala, pemandu yang lambat ke kerja, terpaksa menempuh kesesakan jalan raya, dengan bersongketkan matahari yang panas terik, akan bersikap serakah. Akibatnya, mereka akan memandu dalam had laju yang tinggi serta melanggar lampu isyarat dan seterusnya mengakibatkan kemalangan. Berpeganglah kepada kewarasan akal yang rasional dan jangan mudah ikut hati, mujurlah ikut hati mati, ikut rasa binasa. Justeru, jadikanlah pemanduan berhemah sebagai amalan kerana pandu cermat, jiwa pasti selamat.
Jika ditelusuri secara mendalam, pihak kerajaan harus memainkan obligasi mereka dalam usaha pembendungan isu kemalangan jalan raya. Perundangan yang ketat harus diimplementasikan. Undang-undang yang sedia ada, harus digariskan supaya dapat memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada pengguna jalan raya. Hal ini, dapat menimbulkan perasaan yang takut dalam kalangan masyarakat untuk melakukan salah laku. Kepada samseng jalan raya yang keras kepala, mekanisme penjara dan saman boleh dikenakan, bak kata pepatah setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di atas kerbau juga. Selain itu, dalam ledakan sains dan teknologi ini, penggunaan kamera perangkap kelajuan dapat digiatkan. Penggunaan kamera ini harus dikembangkan sehingga ke jalan raya dan kawasan pedalaman, dan bukan sahaja di kawasan bandar. Hal ini bagaikan sambil menyelam minum air, kerana bukan sahaja pemandu yang bersalah dapat ditangkap, malah beban pihak polis dapat dikurangkan. Tambahan lagi, pihak kerajaan juga mestilah memperketatkan tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji pemandu kenderaan. Memandangkan, kebanyakkan daripada pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan ialah mereka yang berdarah muda, kerajaan mestilah mengetatkan tahap kelulusan ujian memandu. Oleh hal yang demikian, kita dapatlah melahirkan pengguna jalan raya yang berhemah dan berkualiti. Pihak yang mengeluarkan lesen kepada pemuda dan pemudi pula, harus menghindari daripada gejala rasuah. Perbuatan sebegini akan meberikan impak yang negatif terhadap generasi belia ini, yang merupakan bakal peneraju negara, mujurlah pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negeri. Polis Diraja Malaysia (PDRM), pula harus kerap memantau pihak-pihak ini dan memberikan hukuman kepada mereka yang diibaratkan bagai duri dalam daging. Sudah terang lagi bersuluh, pihak kerajaan memainkan peranan yang utama dari semua aspek dalam usaha ini.
Kosa kata yang menarik, suka sgt karangan ni sbb dpt menambah serba sedikit perkataan2 baru utk SPM nnti
ReplyDeleteayat bagus
ReplyDelete