Bincangkan Faktor-Faktor Berlakunya Jenayah Harta Benda.
[Feb 2020 Update] Note: Bhoshaga (SPM 2016 10A+) is offering BM tuitions for SPM 2020 students who are in Form 4 / Form 5 only. Click here to learn more and to sign up. Only 6 spots left. Ends March 2020.
Jenayah harta benda merupakan gunting dalam lipatan masyarakat |
"Saban hari kita dilontarkan berita kejadian jenayah ibarat senjata AK-47 memuntahkan peluru ke arah ratusan orang"
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan melanggar undang-undang dan disabit kesalahan serta boleh dihukum mengikut garisan rang undang-undang. Pada era langit terbuka ini, kegiatan jenayah semakin menjadi-jadi mengejar arus modenisasi ibarat lipas kudung dan menjadi gunting dalam lipatan dalam kalangan masyarakat. Saban hari kita dilontarkan berita kejadian jenayah ibarat senjata AK-47 memuntahkan peluru ke arah ratusan orang melalui corong-corong radio, dada akhbar mahupun kaca televisyen. Kejadian pecah rumah, curi kenderaan, samun, ragut dan sebagainya terus berlaku seolah-olah mempermainkan pihak berkuasa walaupun pelbagai usaha diambil. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang mendorong jenayah harta benda?
Sebagai mukadimah perbincangan, kesempitan hidup seseorang boleh mendesak seseorang untuk melakukan jenayah sebagai jalan pintas mendapat wang. Orang yang berhutang rela mengambil risiko memecah rumah untuk merampas harta benda sebagai tiket menjelaskan hutang mereka. Fenomena ini berlaku kerana realitinya, memecah rumah lebih mudah daripada bekerja mencari rezeki halal. Selain itu, seseorang yang miskin dan mempunyai tanggungan ramai melihat jenayah sedemikian sebagai gerbang keemasan mengurangkan beban mereka. Justeru, mereka sedia menggunakan apa jua taktik untuk memecah rumah. Tegasnya, kesempitan hidup merupakan dalang fenomena jenayah harta benda berlaku.
Rentetan itu, kekurangan didikan agama memudahkan seseorang terpengaruh untuk melakukan jenayah. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap agama melarang umatnya daripada terlibat dalam kancah jenayah. Ketipisan ilmu agama mengaburi mata penjenayah dan mereka tidak dapat membezakan antara kaca dengan permata. Seterusnya, mereka akan terikut-ikut ajakan rakan mereka dalam melakukan jenayah atas dasar setia kawan. Perkara ini dibuktikan apabila kebanyakkan jenayah harta benda dilakukan secara berkumpulan. Izharnya, ketandusan pegangan agama menjadi pemangkin bagi janayah harta benda.
Di samping itu, sikap cuai dan tidak berhati-hati masyarakat mendorong kegiatan jenayah terus meningkat. Tamsilnya, tidak mengunci rumah atau kereta dengan baik, tidak memasang penggera atau gril di rumah dan sebagainya. Sikap tidak mengendahkan keselamatan dan memandang enteng dieksploitasi oleh penjenayah apabila mangsa disasar. Malah, situasi ini menjadi lebih ruwet apabila masyarakat memakai barangan kemas yang keterlaluan di tempat-tempat umum. Beg tangan Chanel dijinjing tanpa berhati-hati manakala telefon pintar seperti iPhone dipegang di tangan meningkatkan individu disamun. Penjenayang akan mengekori mereka setelah sekian lama menjejaki mereka dan akhirnya melakukan jenayah tersebut. Intihanya, sikap memandang remeh masyarakat merupakan punca jenayanh sebegini berlaku.
Sebagai penggulung segala yang dibincangkan, terdapat pelabagi faktor yang mendorong jenayah harta benda. Tak tumbuh, tak melata, tak sungguh, orang tak kata, justeru orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga kerana malang tidak berbau. Kejadian jenayah sememangnya melambangkan masyarakat kelas ketiga dan kekangan ini perlu dibereskan agar Wawasan 2020 tidak menjadi sekadar angan-angan Mat Jenin. Justeru, semua pihak hendaklah berganding bahu dan bersinergi mencari alpukah agar nusa tercinta kita bebas daripada jenayah harta benda.
No comments:
Post a Comment
Adakah kualiti karanganpanas mantap? Perlukan contoh karangan? Nyatakan di sini!