Ibu bapa berperanan dalam membentuk akhlak remaja. Bincangkan.
[Feb 2020 Update] Note: Bhoshaga (SPM 2016 10A+) is offering BM tuitions for SPM 2020 students who are in Form 4 / Form 5 only. Click here to learn more and to sign up. Only 6 spots left. Ends March 2020.
"Ibu bapalah yang melakarkan personaliti, mencorakkan budi pekerti dan mewarnai kehidupan mereka sehingga melahirkan gambar yang begitu indah"
Dalam milenium ini, tatkala nusa tercinta kita rancak menari mengikut rentak arus modenisasi, anak watan mendepani kepincangan yang lazimnya lebih cenderung iaitu masalah sosial yang berpunca daripada keruntuhan akhlak. Kemelut ini bukan sahaja makin membarah malah membimbangkan kerana bilangan remaja yang terperosok ke lembah penghinaan meningkat secara drastik. Saban hari kita disogokkan dengan polemik seperti kes-kes buli, memukul guru, merompak, seks bebas dan sebagainya yang terpampang pada dada akhbar. Akhlak yang buruk ini meruntuhkan imej seseorang. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu". Jika ditanya siapa dalangnya, masing-masing menuding jari sesama sendir, persis sudah merah, kunyit salahkan kapur, kapur salahkan kunyit. Justeru, satu soalan ingin saya lontarkan, apakah anjakan paradigma yang perlu diharap dan dicanang bagi membina akhlak remaja yang mulia?
Pada asasnya, sesuatu masalah perlu dibendung sejak dari akar umbi lagi sebelum bertambah ruwet. Insan yang terdekat dengan remaja ialah ibu bapa. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang amat mustahak untuk membina akhlak remaja yang mulia. Anak merupakan anugerah Tuhan kepada ibu bapa, dan ibu bapa ialah anugerah Tuhan kepada anak-anak. Ibu bapa mestilah menjadi idola kepada cahaya mata mereka. Apabila ibu bapa menunjukkan suri teladan yang baik, sudah tentu anak-anak berasa kagum dan terasa ingin mempraktikkan gerak-geri tersebut. Maka di sinilah lahirnya perasaan hormat terhadap ibu bapa mereka. Selain itu, tatasusila yang tinggi serta keluhuran mulia yang diamalkan oleh ibu bapa akan diteruskan oleh anak-anak mereka. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi? Tuntasnya, ibu bapa merupakan guru tidak formal yang amat mempengaruhi akhlak anak-anak.
Rentetan itu, ketipisan didikan agama juga menyebabkan remaja terjerumus dalam kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Ibu bapa seyogianya mencurahkan didikan agama yang syumul sejak anak-anak merah tapak kakinya lagi. Dengan menghadiri kelas agama seperti Kelas Agama Fardu Ain (KAFA), menelaah dan mengaji kitab-kitab suci, nilai-nilai murni seperti bersopan-santun, budi perkerti, dan sebagainya akan tersemat dalam sanubari anak-anak. Di samping itu, agama mengajar kita maksud sebenar kesabaran. Kesabaran merupakan sebahagian daripada iman yang dapat membentuk kita untuk menjadi umat manusia yang utopia. Berkat kesabaran dapat menjurus kepada penyelesaian masalah dan dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham atau peperangan. Mempraktikkan agama melahirkan hati yang tulus dan menenagkan fikiran. Hal ini penting kerana apabila anak-anak melangkah kaki ke alam remaja, pelbagai konflik dan tekanan akan mencelarukan fikiran mereka, seterusnya mereka akan memilih jalan yang kurang baik. Adakah kita mahu melihat anak watan terkena tempias kancah maksiat, merokok dan ditinggalkan persis rumput di tepi jalan? Nescaya tidak. Tegasnya, agama merupakan senjata ampuh bagi mengukir akhlak remaja, seterusnya menjadi tangan ghaib yang memimpin mereka mengambil keputusan yang baik.
Jika ditelusuri secara mendalam, pujangga Melayu pernah mengatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti sehelai kain putih, dan ibu bapalah yang mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani. Merekalah yang melakarkan personaliti, mencorakkan budi pekerti dan mewarnai kehidupan mereka sehingga melahirkan gambar yang begitu indah. Sudah tentu semua ibu bapa inginkan anak-anak mereka dihiasi dengan nilai-nilai murni dan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Namun demikian, mengapa terdapat tompokan warna yang tidak diingini pada kain ini? Semasa berada di alam windu, kanak-kanak selalunya taat pada ibu bapa mereka. Apabila melangkah ke alam remaja pula, sikap mereka mula berubah, contohnya mula mencuri, dan terlibat dengan aktiviti tidak berfaedah. Hal ini disebabkan oleh pemodenan zaman dan perbezaan ideologi ibu bapa dengan anak-anak. Jika dahulu, remaja dikatakan sama taraf, bak kata peribahasa, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Pada zaman ini pula, pelbagai peningkatan teknologi menyebabkan anak-anak berasa rendah diri apabila tidak memilikinya. Sebagai tamsilan, sudah tentu seseorang remaja berasa kecil hati apabila melihat rakan-rakan mereka menggunakan peranti elektronik yang canggih. Kesannya, remaja tersebut akan cuba untuk mendapatkannya melalui cara yang tidak baik, seperti mencuri atau menyeleweng wang saku perbelanjaan. Institusi keluarga memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan berlakunya jurang antara anak dan rakan-rakan mereka. Contohnya, ibu bapa perlu mengawasi pergaulan dan sentiasa menasihati anak-anak mereka, di samping mengehadkan pergaulan bebas.
Jika ditinjau dari dimensi berlainan, ibu bapa perlu meluangkan masa dengan anak-anak mereka sebagai satu resipi untuk memantapkan akhlak remaja. Contohnya, aktiviti beriadah, makan bersama-sama, dan sebagainya dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Selain itu, ibu bapa harus mencurahkan lembayung kasih sayang dan menjaga cahaya mata mereka seperti menatang minyak yang penuh bagi mengelakkan berlakunya ketandusan kasih sayang. Hal ini dapat melahirkan rasa gembira dalam jiwa anak-anak dan mereka akan lebih seronok meluangkan masa bersama keluarga. Secara tidak langsung, mereka tidak rasa dibiarkan dan tidak terasa untuk mendampingi rakan-rakan mereka. Sementelahan itu, terdapat segelintir ibu bapa yang berpendapat bahawa wadah terbaik membesarkan anak-anak adalah dengan mengongkong kebebasan mereka. Menurut Jerome Bruner, seorang ahli psikologi, cara ini adalah salah kerana boleh menimbulkan trauma dalam kehidupan anak-anak. Ibu bapa yang ketaasuban mengehadkan pergaulan rakan sebaya, penggunaan internet, serta memaksa anak-anak untuk belajar akan melihat kesannya apabila anak-anak melangkah ke alam remaja dan mula bersuara. Remaja ini seterusnya akan menjadi bermasalah, kerap mengasingkan diri untuk menikmati kebebasan. Mereka akan mula membenci keluarga dan tidak tahu membezakan antara kaca dengan permata. Justeru, ibu bapa perlulah memastikan perkara sebegini tidak berlaku dengan sentiasa mengawasi anak-anak dan memainkan peranan mereka. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Ibu bapa perlu berfikir sebelum berkata dalam menyusun cara mendidik anak kerana sepatah kata sahaja boleh menyinggung perasaan anak-anak, bak kata pepatah, setitik nila, rosak susu sebelanga.
Dalam kaca mata yang lain, remaja merupakan aset negara yang tidak ternilai. Selain menjadi generasi pelapis negara, mereka juga bakal menerajui tampuk pentadidbiran negara dengan memikul pelbagai tanggungjawab kelak. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka membesar dengan sempurna, lengkap dengan budi pekerti, akal yang cerdik, dan iman yang teguh. Kasih sayang yang dicurahkan melimpah ruah serta ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak menyebabkan anak-anak menjadi keras kepala dan mula mengingkari kata-kata mereka. Ibu bapa harus sentiasa berwaspada dan bijak mengimbangi dengan memastikan anak-anak mendapat kasih sayang yang secukupnya dan menegur mereka apabila membuat kesalahan, persis kata mutiara, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Ibu bapa sudah biasa makan kerak dan banyak makan garam, justeru sudah tentu mereka dapat berfikir secara waras dalam mengambil tindakan. Ibu bapa seharusnya memadankan zaman kini dengan cara pembesaran yang baik, disulami dengan kasih sayang dan kesabaran yang tinggi untuk melahirkan anak-anak yang sempurna. Izharnya, yang hitam sukar menjadi putih, tetapi yang putih mudah menjadi hitam.
Secara holistiknya, kita perlulah mengorak langkah untuk melahirkan anak watan yang tinggi budi bahasanya dan berbudi pekerti yang mulia. Ibu bapa tidak boleh mengharapkan alma mater semata-mata kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Sebaliknya, ibu bapa perlu mendukung aspirasi ini pada pundak mereka kerana semuanya bermula di institusi keluarga. Kita tidak boleh melengahkan masa lagi, tetapi gancang menyusun formula yang ampuh lagi bersepadu. Ibu bapa perlu berusaha bagai air mencari jenisnya dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Usaha mesti diambil dan diorak kerana menurut Lau Tze, perjalanan seribu batu ini hanya bermula dengan langkah yang pertama. Kepentingan akhlak dan budi pekerti jelas digambarkan dalam serangkap pantun;
Teguh rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa;
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi runtuhlah bangsa.
👌BM
A dua
ReplyDeletetàn ác
chuôm
bậc nhất
Bạc Bẽo
đình công
điều đình
bạn teen
bao vây
cần
cá tính
tiết lộ
hiện tại
thiết kế
xung quanh
không tính
bí quyết
không để ý
xếp đặt
bởi vậy
bớt xén
cồng kềnh
bước ngoặt
marketing
khách hàng
các
chiếc
cơ bản
nguồn gốc
cần phải có
kỹ lưỡng
gắp
cạnh tranh
cáu
cứng cáp
loại vải
cung ứng
chi phí
chi tiết
hàng hiệu
sắm
không thấm nước
lưu ý
chú ý
vận động
chuyên dụng cho
thành lập
sở hữu
khoa học
nhà hàng
cùng
shop
rất
cười
cứu
phổ biến
phần lớn
tất cả
đặc thù
dại dột
say mê
điệu bộ
đập phá
bệnh tật
trước tiên
đầy đủ
dành dụm
đem đến
đến
trẻ trung
ra đi
thế mạnh
khảo sát
đồ vật
đơn thuần
giới hạn
sử dụng
sử dụng
êm ắng
nhái
ràng buộc
gần đây
gan liền
thân thiện
thân mật
sắp
gặp gỡ
gấp gáp
ví như
giảng nghĩa
tránh
tránh
kết hợp
tận tình
hiện đại
xuất sắc
khá
thua sút
tầm thường
chung quy
hậu quả
mở màn
khái niệm
bao hàm
khi không
lúc
khiến cho
không
ưu đãi
kiện
lăng băng
làng
chỉ dẫn
giá
chệch choạng
lào xào
lợi ích
thu hút
to
quái đản
mô tả
mua
tóm
trình độ
nặng
nấu
ngã
ngạc nhiên
nhãn hiệu
nhanh chóng
bừa bãi
sôi động
vượt trội
nổi tiếng
oai phong
ổn thỏa
pha chế
tốt
bằng phẳng
trở nên
nguyên tắc
ưng ý
quảng bá
qua chuyện
quan tâm
rách
rậm rì
rẻ mạt
rõ
rộng
tinh khiết
thông minh
sáng
lịch sự
thâm thúy
e
tái ngắt
tai nạn
bác tài
tàn tật
tang vật
tàu bay
thoả thích
lương y
thừa mứa
kế tiếp
Dù vậy
u ám
ẩm ướt
va chạm
khẩn khoản
vắng tanh
vụn vặt
xa thẳm
lãng phí
xâm chiếm
xanh rớt
xấu xa
van xin
xong xuôi
xu thế
ý muốn
dựa dẫm
quần áo
y chang
yên lặng
thương
yếu hèn
nice karanagan tq for sharing
ReplyDeletekenapa takboleh copy ?
ReplyDeletesukar difahami
ReplyDelete