Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah mempelajari seni mempertahankan diri.
[Feb 2020 Update] Note: Bhoshaga (SPM 2016 10A+) is offering BM tuitions for SPM 2020 students who are in Form 4 / Form 5 only. Click here to learn more and to sign up. Only 6 spots left. Ends March 2020.
Seni mempertahankan diri memberikan seribu satu kemaslahatan |
"Seni mempertahankan diri merupakan satu anugerah mustahak daripada nenek moyang kita yang wajar diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat"
Mutakhir ini, kadar jenayah di negara kita kian meningkat sehingga mencapai
tahap yang membimbangkan. Saban hari kita dihidangkan dengan berita mengenai
kes ragut, rompak dan sebagainya melalui dada makalah, corong-corong radio
mahupun kaca skrin televisyen. Kemelut ini lazimnya berlaku di bandar-bandar
metropolitan seperti Kuala Lumpur lantaran masyarakatnya berpendapatan tinggi.
Dalam pada itu, seni mempertahankan diri dilihat sebagai satu wadah untuk pertahankan
diri dan disyorkan oleh pihak polis mahupun kerajaan. Sebenarnya, seni
mempertahankan diri mempunyai pelbagai faedah. Di negara kita, terdapat seni
mempertahankan diri seperti Wushu, Taekwondo, Karate dan Silambam.
Persoalannya, apakah faedah-faedah mempelajari seni pertahanan diri?
Pada asasnya, seni mempertahankan diri adalah untuk mempertahankan
diri semasa berlaku pergaduhan atau
kecemasan. Misalnya, pada ketika ini kes meragut dan menculik kian meningkat
sehingga menghantui semua pihak. Para penculik menyasarkan golongan kanak-kanak
dan remaja untuk mendapatkan wang tebusan atau menjual mereka kepada ejen
pemerdagangan manusia. Melalui seni pertahanan diri, seseorang itu dapat
mengetahui cara menumbuk, menyepak dan menangkis cubaan culikan mereka. Selain
itu, setelah mengikuti latihan intensif, mereka akan lebih bersedia dari segi
mental. Golongan yang tidak belajar nescaya akan panik dan hanya melaung
meminta tolong, sebaliknya ilmu pengetahuan diri membezakan sama ada kita hidup
ataupun tidak. Tegasnya, kita perlu mempelajari seni mempertahankan diri supaya
sedia menghadapi apa jua keadaan, persis sediakan payung sebelum hujan.
Rentetan itu, seni mempertahankan diri mampu menyihatkan dan menguatkan
otot. Hal ini demikian kerana semua seni mempertahankan diri memerlukan latihan
yang memenatkan dan bersifat menyeluruh. Melalui gerak-geri tertentu, langkah
pantas dan keupayaan menjaga postur badan, seseorang itu akan menjaga ototnya
serta menguatkannya. Malahan, aktiviti kardiovaskular seperti joging, latihan
mengangkat berat dan regangan yang merupakan asas seni mempertahankan diri boleh
membakar kalori berlebihan. Aktiviti sedemikian merupakan cara semula jadi
melangsingkan badan. Seterusnya, pemakanan yang sihat dengan mengambil gizi
makanan berkhasiat boleh menyihatkan badan. Seseorang yang mempelajari seni
mempertahankan diri perlu ada badan yang kuat dan bertenaga. Secara
konotasinya, komposisi badan akan menjadi seimbang. Dalam pada itu, sistem
imunisasi badan dapat diperkuat, seterusnya melindungi kita daripada penyakit.
Otak juga akan menjadi cerdas persis pepatah, badan cergas, otak cerdas.
Justeru, kita dapat berfikir dengan lebih jelas dan mendalam lagi. Intihanya, seni
mempertahankan diri menyihatkan badan kita supaya kita tidak mudah jatuh sakit.
Sementelahan itu, salah satu faedah seni mempertahankan diri ialah mampu menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri kita. Contohnya, menepati masa dan tidak membazir
masa kerana masa itu emas. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap saat dalam
perlawanan seni mempertahankan diri menentukan sama ada kita berjaya ataupun
tidak. Sekiranya kita melelapkan mata dan cuai seketika, sudah tentu kita akan
terhumban ke lantai. Rentetan itu, kita dapat meningkatkan keyakinan diri.
Tanpa keyakinan diri, kita tidak boleh berdepan musuh atau pihak lawan.
Perlawanan juga menyuntik keberanian dalam sanubari kita. Hasilnya, kita tidak
akan takut untuk mencuba sesuatu dan tidak mudah tertipu. Izharnya, seni
mempertahankan diri menerapkan nilai-nilai murni untuk memastikan kita sentiasa
bersedia dalam apa-apa situasi.
Sebagai penggulung segala yang dibincangkan, seni mempertahankan diri memberikan
banyak maslahat kepada kita. Justeru, semua pihak harus bekerjasama bagai aur
dengan tebing untuk menggiatkan orang ramai menceburi kemahiran ini. Menurut
Beng Tju, seorang ahli falsafah, rakyat ialah akar bangsa, jika akarnya sihat,
pokoknya pun sihat juga. Tegasnya, seni mempertahankan diri merupakan satu
anugerah mustahak daripada nenek moyang kita yang wajar diamalkan oleh setiap
lapisan masyarakat. Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus
menghijau dan biarlah masyarakat Malaysia mengamalkan seni mempertahankan diri untuk
melahirkan negara aman, damai dan permai.
useful info....thanks a lot
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDeletePara penculik?salah tu..
ReplyDeleteHelped me in my homework alot, tq
ReplyDeleteBagus saya tak kene marah sebab tak siapπππ
ReplyDeletebaka
Deleteyou baka
Deletebaka
Deleteπ
ReplyDeletethanks alottt
ReplyDeleteGOODDDD
ReplyDeleteyou so baka bruhh
ReplyDeleteyou so baka
ReplyDeleteTerima kasih.. karangan yang baik...
ReplyDeleteSetiap perenggan ada peribahasa...
Bagus untuk rujukan anak2
Saye mintak izin buat rujukan n copy sket ye
ReplyDeleteMintak izin rujukan n copy ye
ReplyDeleteSaye mintak izin buat rujukan n copy sket ye
ReplyDeleteSaye mintak izin buat rujukan n copy sket ye
ReplyDelete